fbpx

Tengok-tengok sampai kain putih saja – Allahyarham Faridah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Faridah di samping keluarganya sebelum berlepas ke Lubnan pada November tahun lepas.

PENDANG – “Tengok-tengok sampai kain putih saja”.

Demikian gurauan Anggota Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11), Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia di Lubnan awal pagi semalam kepada keluarganya.

Menurut adik Allahyarham Hafyzoh, 21, kakak sulungnya menghantar mesej berkenaan melalui WhatsApp ketika beliau dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung pada 18 April lepas.

“Kakak berada di Dubai ketika itu untuk transit dan beritahu dia akan pulang. Saya cakap kenapa tak buat mengejut saja, itu yang dia cakap macam itu. Mula-mula kami tidak sangka apa-apa pun,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Mati, Tobiar di sini hari ini.

“Kakak ada buat status Whatapps Sabtu lepas, tulis, ‘Perjalanan yang teruk dirasakan tak pernah lagi jadi macam ini berjalan sikit pening kepala’. Bila hantar mesej, arwah tak balas dan saya telefon, kawannya jawab kata arwah jatuh,” ujarnya.

Sementara itu menurut suami Allahyarham, Noor Azmi Ariffin, 39, yang juga pesara tentera, isterinya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ketika pulang bercuti malah aktif melayan kerenah empat anak mereka.

“Arwah ke Lubnan pada November tahun lepas dan ini baru pulang bercuti. Dia nampak gembira sangat sebab dapat luang masa dengan anak-anak. Saya harap urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar,” kongsinya.

Dalam pada itu menurut ibu Allahyarham, Salmah Hassan, 57, keluarga tidak menyangka anak yang juga merupakan tulang belakang keluarga itu pergi dalam sekelip mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI