fbpx

Status madrasah dekat rumah suspek serang balai disemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAINJ akan menyemak status madrasah yang terdapat dalam kawasan berhampiran rumah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri akan menyemak status sebuah madrasah yang terletak berhampiran kawasan kediaman keluarga suspek yang terbunuh dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, di sini, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Itu saya kena dapatkan laporan khusus daripada Jabatan, dalam pada masa sama kita pun kena berhati-hati bila bercakap dalam soal ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Mohd. Fared berkata demikian mengulas mengenai status Madrasah Luqmanul Hakim di sini, susulan tinjauan di lokasi berkenaan mendapati bangunan itu masih wujud.

Madrasah itu terletak di dalam tanah persendirian kediaman keluarga suspek yang berada dalam kawasan berpagar dan tinjauan mendapati, terdapat papan tanda mengatakan kawasan itu tanah milik persendirian serta orang awam dilarang masuk.

Madrasah itu difahamkan pernah menjadi ‘medan usrah’ ahli kumpulan pengganas sekitar 1996 dan 1997. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI