fbpx

Setiausaha ketua menteri serang Ahli Parlimen India 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis Delhi bersama Swati Maliwal di kediaman Ketua Menteri untuk menyiasat dakwaan kes serangan di New Delhi pada Jumaat. - HT PHOTO

NEW DELHI – Setiausaha Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal ditahan polis semalam, selepas didakwa menyerang dan melakukan keganasan terhadap seorang Ahli Parlimen India, lapor akhbar Independent.

Anggota Rajya Sabha (dewan tinggi Parlimen), Swati Maliwal daripada Parti Aam Aadmi yang mentadbir wilayah ibu negara itu, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Swati mendakwa bahawa setiausaha Arvind iaitu Bibhav Kumar, menyerangnya ketika dia melawat kediaman ketua menteri tersebut minggu ini.

Swati yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Wanita Delhi, mendakwa bahawa dia ditendang, ditumbuk dan didera oleh Bibhav.

Tambahnya, pakaiannya koyak dan dia turut mengalami kecederaan parah di kepala serta kaki.

Polis menahan Bibhav di kediaman rasmi Arvind sekitar waktu tengah hari dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI