fbpx

Serie A: Juventus putus pecat Allegri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLEGRI dipecat Juventus dengan alasan berkelakuan kurang sopan ketika aksi final Piala Itali. - AFP

TURIN – Aksi kurang sopan pada perlawanan akhir Piala Itali menentang Atalanta Khamis lalu menyebabkan Juventus mengambil keputusan untuk memecat jurulatih, Massimiliano Allegri dengan serta-merta.

Walaupun skuad The Old Lady menjulang trofi kejuaraan, namun kelakuan biadab Allegri yang melakukan protes terhadap beberapa keputusan pengadil menyebabkan dia dilayangkan kad merah.

Justeru, pihak pengurusan tertinggi kelab menganggap perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi dengan status Allegri sebagai salah seorang jurulatih berpengalaman.

“Juventus mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa kelab sudah mengambil keputusan melepaskan Massimiliano Allegri daripada posisinya sebagai ketua jurulatih skuad utama berkuatkuasa serta-merta.

“Layangan kad merah atas sikap kurang profesional pada perlawanan akhir Piala Itali tidak sepatutnya berlaku memandangkan kelab amat menitikberatkan semangat kesukanan dalam apa jua keadaan,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Sebagai rekod, kali pertama Allegri mengemudi pasukan itu adalah pada 2014 di mana beliau berjaya membimbing Juventus memenangi lima gelaran Serie A berturut-turut dan empat Piala Itali sebelum mengambil keputusan berehat selama dua tahun.

Beliau kembali menjadi jurulatih Juventus buat kali kedua pada 2021, namun ia gagal menyamai rekod cemerlangnya sebelum ini selain kelab berdepan pemotongan 10 mata pada kempen 2022/23 akibat skandal melibatkan perpindahan pemain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI