fbpx

Serangan Balai Polis Dato Keramat: Suspek cuba rampas submesingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Dato Keramat, Timur Laut, Pulau Pinang

GEORGE TOWN- Suspek yang bertindak menyerang anggota polis sentri di Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi dikatakan cuba merampas senjata itu daripada milikan mangsa terbabit.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi, suspek lelaki tempatan disyaki mabuk itu dikatakan bertindak sedemikian selepas dia berang tidak dibenarkan masuk ke pekarangan balai berkenaan tanpa tujuan.

Senjata Heckler & Koch Machinenpistole 5 atau lebih dikenali sebagai HK MP5 merupakan selaras senjata submesingan yang paling popular digunakan oleh pihak berkuasa seperti polis dan tentera di seluruh dunia termasuk di negara ini.

Difahamkan, satu siaran media oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkaitan rampasan senjata api di Balai Polis Dato Keramat akan di keluarkan dalam tempoh terdekat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI