PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan didakwa berbangsa Rohingya menengking sekumpulan orang ramai selepas didakwa tidak menghulurkan derma kepadanya.
Menerusi perkongsian di laman sosial X, satu klip video menunjukkan kejadian yang berlaku di ibu kota Kuala Lumpur itu memaparkan remaja perempuan terbabit kemudiannya dilihat beredar dari kawasan terbabit.
Orang ramai yang menyaksikan klip tersebut rata-rata berpendapat, bangsa Rohingya yang semakin ramai di Malaysia ini sepatutnya dibawa pulang dan beradar dari negara ini kerana banyak menyusahkan rakyat tempatan.
“Sejak kaum ni bertapak dan berank pinak, inilah jadinya. Semakin membiak semakin menyusahkan. Makin berani pula mereka sekarang ni,” jelas Nzim Fakri.
“Bela lah lagi bangsa ni, lama-lama Malaysia ni mereka pula yang jajah. Bukan boleh main dengan kaum ni. Tolong lah jangan bagi muka lagi.
“Menyesal kemudian hari dah tak berguna, orang kita sendiri pun bagi lagi muka, bagi sewa tanah, kedai, rumah. Cuba ada maruah sebagai anak Malaysia sikit,” kata Aziz MGS. – KOSMO! ONLINE.