fbpx

Projek naik taraf simpang Batu 9, Cheras siap 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander meninjau Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras di Hulu Langat, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

HULU LANGAT – Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras di sini yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2026.

Projek yang dimulakan pada 6 Ogos 2021 dengan kos kontrak RM123.660 juta itu bakal menyelesaikan kesesakan lalu lintas dengan anggaran penggunaan 52,000 kenderaan sehari di kawasan tersebut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan projek itu diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia is Kesebelas bagi mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.

Menurutnya, sepatutnya projek tersebut siap pada 5 Mei 2025, namun ia mengambil masa susulan isu pengambilan balik tanah dan pemindahan utiliti sekali gus bukan masalah kontraktor.

“Antara skop kerja utama projek adalah seperti menaik taraf jalan sedia ada FT001 bermula dari simpang Taman Suntex sepanjang 1 kilometer (km) dan FT3210 dari Persimpangan Batu 9 ke Persimpangan Jalan
Dato’ Alias/Kg. Melaka sepanjang 1km dari jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong dengan piawai U5.

“Membina jejambat dua lorong satu hala dari arah Hulu Langat ke Cheras serta membina dan menggantikan Jambatan Sg. Sering,” katanya kepada media selepas meninjau projek menaik taraf dan lokasi banjir kilat Jalan Persekutuan FT3210 di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut melawat beberapa kawasan lain bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan bagi melihat keperluan mendesak penduduk di tempat tersebut.

“Tujuan kita nak pastikan mengurangkan kesesakan dan membantu keselesaan penduduk. Kawasan ini difahamkan membangun, jadi banyak aktiviti ekonomi sedang berjalan,” katanya.

Lokasi banjir kilat yang turut dilawati oleh beliau ialah Stor Gas Pusaka dan Petronas Bukit Nanding. Hasil tinjauan di Stor Gas Pusaka mendapati sebahagian punca masalah adalah kawasan pembentung dipenuhi air dan keladak ekoran penerokaan tanah ditinggalkan oleh pemaju sejak tahun 2014.

Sehingga Mei tahun ini, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahun 2024 kepada JKR Hulu Langat sebanyak RM18.36 juta untuk penyenggaraan jalan persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI