fbpx

Penyudah Ifedayo ceriakan kem PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFEDAYO (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Perak semalam. – FB PDRM FC

PENGENDALI Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC), P. Maniam memuji impak yang dipamerkan penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun selepas menewaskan Perak FC 3-2 dalam aksi Liga Super kelmarin.

Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, Ifedayo meledak dua gol, manakala satu lagi jari­ngan dilakukan oleh Bruno Suzuki untuk menghadiahkan kemenangan pertama musim ini buat The Cops.

Kata Maniam, Ifedayo, 33, sememangnya memiliki penyudah yang berbisa sekali gus menjadi sandaran utama pasukan untuk menjaringkan gol pada musim ini.

“Kita boleh lihat Ifedayo masih lagi memiliki naluri di hadapan gawang gol, tetapi aksi bertemu Kedah Darul Aman minggu lalu, dia tidak bernasib baik ketika peluang satu lawan satu dengan penjaga gol.

“Kini, dia menebus kecewa dengan meledak dua gol buat pasukan sedangkan kedua-dua jaringan tersebut dilakukan daripada sudut yang sukar dan kami gembira dengan prestasinya,” katanya.

Sementara itu, Maniam yang juga bekas pengendali Selangor FC, mengakui masih banyak kelemahan perlu diperbaiki pasukan untuk mencabar saingan liga musim ini.

“Pada aksi pertama kita tidak bermain dengan baik dan pujian wajar diberikan kepada Perak yang agak cemerlang meraih gol awal.

“Saya cakap kepada pemain apa yang dipamerkan bukan corak permainan yang kita mahukan dan saya lihat mereka mempamerkan peningkatan pada babak kedua.

“Ini adalah kemenangan buat pihak pe­ngurusan yang sentiasa menyokong pasukan sehingga kini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI