fbpx

Pembangunan infrastruktur di Sarawak dipercepatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada Majlis Makan Malam Pra-Gawai tahun 2024 di Sibu, malam tadi.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan komitmen untuk memastikan pembangunan infrastruktur di Sarawak dipercepatkan.

Beliau juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, komitmen tersebut adalah selagi beliau diberi kepercayaan memacu kementerian berkenaan.

“Saya sendiri akan berhubung dengan Jabatan Kerja Raya Pusat dan Kementerian Kerja Raya Negeri Sarawak untuk memastikan impian ini terlaksana,” katanya pada hantaran Facebook malam tadi.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Pra-Gawai tahun 2024 yang dianjurkan oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Sibu malam tadi.

Dalam pada itu, beliau kagum dengan negeri Sarawak kerana perpaduan dalam kalangan rakyatnya yang berbilang kaum serta agama.

“Jujur saya katakan, Sarawak adalah salah satu negeri yang saya sangat kagumi dek kerana perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, namun tetap hidup harmoni. Orang Sarawak cakap segulai sejalai,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sewaktu ucapan pada majlis tersebut.

“Dalam ucapan saya sebentar tadi (malam tadi), ada saya sebutkan mengenai TVET yang seharusnya menjadi pilihan utama kepada golongan anak muda di negara kita khususnya di Sarawak ini.

“Ini kerana negeri ini mempunyai sumber baharu yang memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI