fbpx

Pahang hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy menyampaikan bantuan dari Yayasan Pelajaran Mara kepada seorang murid Sekolah Kebangsaan Telang sempena Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Terbuka Kampung Telang di Lipis, hari ini.

LIPIS – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan akan melancarkan flag-off barang bantuan kemanusiaan dari Pahang ke Gaza, Palestin esok bagi meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Islam yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Israel.

Wan Rosdy berkata, kapal yang membawa bantuan seperti pek makanan, tilam, selimut, dan ubat-ubatan itu dijangka berlepas dari Pelabuhan Klang sekitar pukul 11 pagi.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada semua kerana kita dapat mengutip sumbangan sebanyak RM1.575 juta daripada penderma yang kebanyakanya merupakan anak Pahang.

“Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk bantu ringankan beban rakyat Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan Wisma Kementerian Luar Negara,” katanya kepada media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Terbuka Kampung Telang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI