fbpx

Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Pedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Swee Hin ditemui terapung di Tasik Pedu, hari ini.

ALOR SETAR – Mayat seorang pemancing yang dilaporkan hilang di Empangan Tasik Pedu, Kuala Nerang, dekat sini sejak Khamis lalu ditemui pada pagi tadi.

Mangsa, Ooi Swee Hin, 41, dijumpai pada pukul 8.05 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menyambung misi pencarian yang masuk hari keempat, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminudin Abd. Rahim berkata, mayat ditemui terapung kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Operasi SAR disambung semula sejak pukul 7.42 pagi ini setelah ditangguh pada pukul 6.30 petang semalam. Mayat ditemui ketika kita melaksanakan operasi melalui teknik pencarian di permukaan.

“Mangsa dibawa ke darat kira-kira sejam kemudian untuk diserahkan kepada pihak polis bagi membolehkan proses bedah siasat dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI