fbpx

Lelaki Thailand dituduh edar 1.3 kg methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wirasak Tialek diiringi pegawai Jabatan Kastam di Mahkamah Majistret Langkawi, pagi tadi.

LANGKAWI – Seorang lelaki warganegara Thailand dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah, Mac lalu.

Tertuduh, Wirasak Tialek, 41, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa, Putian Bon Cham di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Tertuduh dipercayai membawa masuk dadah jenis methamphetamine dengan berat anggaran 1.3 kilogram (kg) pada 6 Mac lalu.

Terdahulu, tertuduh ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Feri Langkawi semasa tiba di situ apabila didapati berada dalam keadaan mencurigakan oleh pegawai Jabatan Kastam (JKDM) Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI