fbpx

Bantuan kaunseling, kewangan kepada dua keluarga polis terkorban – Noraini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI (kanan) melawat gerai pameran pada majlis sambutan Hari Ibu peringkat Negeri Johor di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains Batu Pahat, Parit Sulong, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Keluarga dua anggota polis yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu, akan diberi bantuan kewangan dan kaunseling.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pihak kementerian bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM3,000 untuk setiap keluarga anggota terbabit, Rabu ini.

“Saya juga ingin ucap takziah kepada mereka agar tabah dan bersabar dengan dugaan dihadapi ini serta berdoa kedua-dua anggota terbabit di limpahi rahmat Allah,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Ibu peringkat Negeri Johor di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains Batu Pahat di Parit Sulong, dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI