fbpx

Badminton: Terikut cara lawan bawa padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIKAL dan Hon Jian gagal meneruskan kemaraan pada Thailand Masters selepas terkandas di suku akhir kelmarin.

HASRAT beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri untuk memburu gelaran kedua musim ini pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand tidak tertunai apabila mereka tersingkir di suku akhir malam kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok itu, Hon Jian-Haikal dikejutkan dengan kekalahan tiga set 18-21, 21-15, 18-21 kepada pasangan No. 80 dunia dari Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kai Wei.

Pasangan negara yang merupakan gandingan No. 28 dunia dilihat bermain di bawah prestasi sebenar selain melakukan banyak kesilapan mudah, sekali gus menghadiahkan mata percuma kepada pasukan lawan.

Haikal berkata, dia tidak berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan sepanjang perlawanan itu dan sedia untuk memperbaikinya pada kejohanan Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu depan.

“Secara keseluruhan, kami banyak bermain mengikut rentak permainan mereka. Secara individu, saya memang tidak berpuas hati dengan perlawanan hari ini (kelmarin) kerana masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Pada perlawanan itu, memang boleh nampak pemain lawan menarik saya untuk bermain di bahagian belakang dan ia menyebabkan saya tidak selesa. Kami sudah nampak apa yang perlu diperbaiki, jadi selepas ini hanya fokus pada Malaysia Masters,” katanya.

Sebagai rekod, Hon Jian-Haikal yang mula digandingkan Julai tahun lalu sudah pun memiliki satu gelaran musim ini ketika mereka muncul juara pada kejohanan Orleans Masters di Perancis Mac lalu.

Mengulas persediaan ke arah Malaysia Masters, pemain kelahiran Kelantan itu menjelaskan, mereka tidak memiliki banyak masa memandangkan kejohanan tersebut akan membuka gelanggang bermula Selasa ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI