fbpx

Wani Kayrie genggam ijazah undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wani Kayrie menerima skrol daripada Tengku Sarafudin Badlishah pada majlis konvokesyen MSU, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Impian penyanyi, Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai selepas menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Lebih membanggakan, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 24, memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia bersyukur usaha keras dalam pengajiannya sejak 2019 membuahkan hasil.

“Apabila menjadi anak seni, saya akui menempuh kesukaran untuk membahagikan masa antara kerjaya seni dan akademik.

“Namun, segala kepayahan sebagai penuntut universiti terbalas menerusi ijazah ini dengan doa ibu bapa dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen itu.

Beliau antara 2,253 graduan yang diraikan pada konvokesyen meliputi 128 program pengajian termasuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana dan Diploma.

Jelas Wani yang memperoleh purata CGPA 3.5, pencapaian itu turut membuktikan bahawa anak seni juga mampu berjaya dalam pendidikan.

Tambahnya dia bercadang melanjutkan lagi pengajian di peringkat sarjana undang-undang pada masa depan.

“Saya sememangnya berhasrat mahu menjadi penasihat undang-undang terutama kepada rakan anak seni lain di negara ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI