PETALING JAYA – Sebagai tanda solidariti buat Palestin, anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook Perdana Menteri, kelihatan Nurul Hana memakai keffiyeh bersama ‘topi mortarboard’ ketika menaiki pentas graduasi.
Pada masa sama, kelihatan anak bongsu Perdana Menteri itu membawa bersama kain rentang yang tertulis ‘Free Palestine’.
Aksi Nurul Hana itu juga turut mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir pada majlis graduasi berkenaan.
Dalam hantaran sama, Anwar turut mengucapkan tahniah buat anak bongsunya itu.
“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya Nurul Hana yang bergraduasi dari New York University (NYU).
“Hana juga nyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,”tulis Anwar.-KOSMO! ONLINE