fbpx

Tayang foto gula-gula asam, Marissa Dania hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marissa kini dikatakan sedang hamil anak pertama.

PETALING JAYA – Lima bulan mendirikan rumah tangga, pempengaruh dan juga anak kepada pelakon Norman Hakim, Marissa Dania kini dikatakan hamil zuriat pertama.

Spekulasi tercetus gara-gara hantaran dimuat naik dalam InstaStory wanita berusia 19 tahun itu apabila menunjukkan foto gula-gula asam yang sinonim mengurangkan alahan mengandung.

Cuba merungkai persoalan, rakan kepada suami Marissa iaitu pempengaruh Abang Tesla bertanyakan kesahihan khabar berkenaan kepada suami Ahmad Aslam semasa mereka bercuti di Singapura, baru-baru ini.

“Jangan buat content (kandungan) abang. Doakan yang baik-baik dan jauhi yang buruk,” katanya sambil ditenung isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.

Dalam masa sama, Abang Tesla turut meminta pengesahan tentang gosip kehamilan Marissa kepada Umisya.

“Tadi saya tengok dalam carian TikTok, keluar Marissa hamil,” soalnya.

Namun, madu kepada Marissa itu pura-pura bertanyakan siapa individu yang dimaksudkan.

“Siapa Marissa? Tidak kenal,” ujarnya pendek.

Sebelum ini, Umisya yang juga isteri pertama Aslam terlebih dulu didakwa berbadan dua selepas mengidam mahu menikmati ayam goreng Korea.

Begitupun, desas-desus kononnya Umisya atau Misya hamil anak ketiga tidak disahkan kedua-dua mereka.

Terdahulu, Aslam dan Marissa didakwa bernikah secara rahsia di Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI