fbpx

SOP bantu petugas haji berdepan insiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN petugas Tabung Haji yang ditempatkan di sekitar Masjidil Haram untuk membantu jemaah Malaysia bagi memastikan keselamatan mereka.

MEKAH – Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan Tabung Haji (TH) berkaitan ­aspek keselamatan jemaah semasa di Tanah Suci lengkap dan mencukupi bagi menghadapi ­sebarang kemungkinan terma­suk kejadian tren tumbang dan rempuhan Mina.

Menurut Pengarah Operasi Maktab, Khairoddin Ahmad, setiap petugas perlu mematuhi prosedur yang berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2015 perkhidmatan haji dalam menghadapi sebarang musibah.

Menurutnya, selain SOP, Tabung Haji akan berdepan cabaran terbesar semasa operasi Masyair termasuk daripada segi persiapan untuk membawa jemaah haji ke Arafah, ­Muzdalifah, Mina dan patah balik ke ­penginapan di Makkah.

“Kita mendapat bantuan daripada pasukan Jeddah dan Madinah. Kita akan ada kekuatan anggota yang mencukupi.
“Selain itu, kita perlu mempunyai komunikasi baik meliputi semua petugas lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran operasi Masyair nanti,”katanya.

Dalam pada itu, Khairoddin berkata, terdapat 12 maktab di Mekah dengan setiap maktab menempatkan 3,000 jemaah.

Katanya, pengurus antara orang yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan keselesaan jemaah sebelum mereka sampai dengan memastikan segala keperluan mengikut standard yang ditetapkan.

“Bagi musim haji kali ini, Pasukan Pusat Perkhidmatan Maktab 87 dianggotai 106 petugas termasuk 14 orang di pejabat selain dua penasihat ibadat tanah suci (Pihtas).

“Sementara menunggu operasi Masyair kita penuhkan dengan program dan pengisian ibadah haji supaya jemaah kita bersedia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI