fbpx

Serangan balai polis: Jenazah Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Tanjung Malim, Perak.

TANJUNG MALIM – Jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terbunuh dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.

Jenazah Ahmad Azza Fahmi, 22, selamat dikebumikan pada pukul 7.20 malam mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, jenazah yang selesai dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru itu dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk solat jenazah.

Kenderaan membawa jenazah bergerak ke Perak dari IPK Johor pada pukul 11.50 pagi dan tiba di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Poh Tambahan, Bidor pada pukul 5.55 petang.

Jenazah anak keempat daripada lapan beradik itu kemudian disembahyangkan sekali lagi secara bergilir-gilir dipimpin bapa Ahmad Azza Fahmi, pegawai polis dan orang kampung sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira satu kilometer.

Proses pengebumian berjalan lancar dengan kehadiran lebih 500 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI