fbpx

Serangan balai polis: Gerakan Jemaah Islamiah masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDIN (kanan) memberi jaminan gerakan kumpulan Jemaah Islamiah di negara ini masih terkawal.

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan gerakan fahaman kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara ini masih terkawal.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, jaminan itu berdasarkan pengkalan data yang mencukupi terutamanya dalam proses rehabilisasi (pemulihan) anggota JI yang pernah disabitkan dengan gerakan ini.

“Pangkalan data kita memadai untuk menguruskan insiden sebegini dan kita mempunyai latar belakang mereka yang terlibat dalam apa-apa kegiatan atau pernah ditahan dibawah Sosma (Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas 2012).

“Pendekatan polis adalah terus berinteraksi dengan mereka bagi memastikan proses rehabilisasi berjalan serta tidak menjadi ancaman kepada masyarakat.

“JI ini masih terkawal dan saya percaya pasukan polis mempunyai pengalaman luas untuk menguruskan (serangan Balai Polis Ulu Tiram) berdasarkan data, pola dan corak sesuatu itu berlaku,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi semalam, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban selepas diserang seorang lelaki berusia 21 tahun bersenjatakan parang.

Seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd. Hasif Roslan cedera terkena tembakan pada bahu kanan dan bahagian pinggang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI