fbpx

Serangan balai polis: Biar polis siasat, jangan buat spekulasi liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN menasihatkan masyarakat dan pihak media untuk tidak membuat spekulasi liar susulan serangan berdarah ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak agar memberi ruang kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci berhubung serangan berdarah ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menasihatkan orang awam dan pihak media supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar yang boleh mengganggu ketenteraman awam termasuk berkaitan dengan agama.

“Saya gesa (nasihat) masyarakat untuk mengelakkan membuat sebarang spekulasi termasuk mengaitkan serangan ke atas balai polis ini mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiah.

“Pihak media juga dinasihatkan begitu. Saya dapat kesan sebahagian tulisan (kaitkan serangan kononnya berskala besar), saya mohon supaya fokus kepada melaporkan fakta kes seperti yang disebut oleh polis.

“Tanpa perlu kita nak kaitkan insiden ini dengan agama misalnya. Itu penting.
Kami pun akan berikan butiran maklumat setakat yang kami temui tanpa kita nak memandai-mandai,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Saifuddin berkata, susulan kejadian serangan itu, pasukan polis terus melakukan siasatan terperinci termasuk memanggil sejumlah anggota dan individu (suspek) yang memang dalam profil pasukan polis.

Katanya, polis telah melakukan pemeriksaan ke atas rumah keluarga suspek dan menemui beberapa bahan.

Jelasnya, daripada bahan termasuk buku catatan membolehkan pasukan polis mendapat maklumat awal untuk memanggil individu lain bagi membantu siasatan ini.

“Kita dapati, peringkat awalan, penyerang ini bertindak bersendirian (lone wolf). Dia bertindak demikian atas dorongan fahaman yang dia ada.

“Dia tidak bercampur orang. Kerana itu, kita boleh buat kesimpulan awal, daripada temubual adalah tindakan itu berupa tindakan sendirian, terpisah daripada satu misi besar atau kumpulan terancang,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI