fbpx

Serangan balai polis: 500 hadir solat jenazah dua wira polis gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAM, Mohd Nazri Ali mengetuai solat jenazah dua anggota polis yang gugur di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, semalam disolatkan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pagi tadi.

Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, diberikan penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke kampung masing-masing di Perak dan Pahang.

Solat jenazah diketuai oleh Imam Daerah Johor Bahru, Mohd. Nazri Ali dan disertai oleh seramai lebih 500 jemaah yang terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mangsa.

Turut menyertai solat jenazah itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Jenazah dua anggota polis itu dibawa dari Hospital Sultan Ismail dan tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil pada pukul 9.30 pagi. Keranda dua wira negara itu diselimuti dengan bendera Malaysia sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang terkorban.

Terdahulu, lebih 200 warga PDRM Johor dan ahli keluarga membacakan surah Yasin kepada dua anggota yang terkorban sebelum mendirikan solat jenazah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI