fbpx

Selangor FC tiada hak sekat desakan peminat terhadap pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Mokhtar.

SHAH ALAM – Selangor FC tidak mempunyai hak untuk menyekat mana-mana pihak termasuk penyokong bola sepak negara yang mendesak pihak berkuasa daripada berkongsi siasatan insiden serangan terhadap Faisal Halim.

Ketika ini pengurusan pasukan lebih menjurus kepada persiapan pasukan dan memastikan Faisal mendapat rawatan sebaik mungkin sekaligus mampu kembali beraksi seperti biasa.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata desakan yang dibuat oleh penyokong mungkin disebabkan belum ada perkembangan terbaharu daripada pihak berkuasa.

“Kami tidak boleh menghalang tindakan penyokong yang mendesak pihak berkuasa berkongsi perkembangan terkini siasatan termasuklah membuat petisyen sebagai tanda solidariti kepada Faisal.

“Selangor FC menyerahkan siasatan berhubung kes berkenaan kepada pihak berkuasa kerana ia di luar bidang kuasa pasukan. Mungkin perkara ini timbul kerana kejadian terbabit berlaku dua minggu lalu namun setakat ini tiada perkembangan positif,” katanya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman berharap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rasa tidak senang dikalangan peminat sukan tanah air.

Sebelum ini Shahril turut menjelaskan insiden malang menimpa Faisal adalah isu nasional dan berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dapat memberikan perkembangan semasa sekiranya tiada sesuatu yang dianggap positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI