fbpx

Saifuddin santuni anggota polis cedera di HSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN Nasution (tengah) meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk menyantuni anggota polis yang tercedera dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk menyantuni Koperal Mohd. Hasif Roslan yang tercedera dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam.

Beliau tiba di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada pukul 9.20 pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar.

Saifuddin kemudian dijadualkan untuk melawat lokasi kejadian di Ulu Tiram, di sini sebelum kembali ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk bersama-sama bagi solat jenazah dua anggota yang maut.

Terdahulu, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor pada pukul 9.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI