fbpx

RM117 juta lesap dalam 12 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik-beradik Peraire-Bueno mencuri mata wang kripto bernilai AS$25 juta. – Getty Images

WASHINGTON – Dua adik-beradik didakwa atas tuduhan mencuri mata wang kripto bernilai AS$25 juta (RM117 juta) dalam masa cuma 12 saat, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Anton Peraire-Bueno, 24, dan abangnya James Peraire-Bueno, 28, merupakan graduan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) iaitu antara pusat pengajian tinggi terkemuka di Amerika Syarikat.

“Adik-beradik Peraire-Bueno mencuri AS$25 juta dalam mata wang kripto Ethereum menggunakan teknologi canggih yang mereka rancang selama berbulan-bulan. Ia dilakukan dalam masa beberapa saat,” kata Timbalan Peguam Negara, Lisa Monaco.

Menurut laporan, kedua-dua defendan belajar dalam bidang matematik dan sains komputer di MIT.

Dua beradik itu didakwa menyasarkan pedagang Ethereum dengan menggodam akses transaksi peribadi yang belum selesai dan melencongkan urus niaga untuk mencuri mata wang kripto milik mangsa.

Komplot yang digelar sebagai ‘eksploitasi’ oleh pasukan penyiasat itu hanya mengambil masa beberapa saat untuk dilaksanakan.

Mereka dituduh melakukan penipuan online dan pengubahan wang haram. Adik-beradik berkenaan boleh dihukum penjara lebih 20 tahun sekiranya didapati bersalah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI