fbpx

Proses pemulihan Faisal Halim berjalan lancar, ada perkembangan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam (tengah) menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan kepada penerima pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI

 

KOTA BHARU – Proses pemulihan bintang Harimau Malaya, Faisal Halim berjalan lancar apabila tahap kesihatannya ketika ini menunjukkan perkembangan positif.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, bagaimanapun keadaan penyerang Selangor FC itu belum pulih dan masih terlalu awal untuk ditakrifkan sebagai pulih sepenuhnya.

Menurutnya, segala perkembangan dan maklumat berkaitan Faisal hanya diterima daripada pihak pengurusan selain keluarganya memandangkan kebenaran untuk lawatan adalah sangat terhad.

“Kita bagi ruang untuk beliau (Faisal) sembuh. Lawatan ketika ini sangat terhad cuma untuk pihak pengurusannya, keluarga dan wakil dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo. Selebihnya kita berhubung dengan pihak pengurusan dan keluarga beliau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adam memberitahu, KBS akan memastikan rawatan terbaik dapat diberikan kepada Faisal apabila menerima hasil sumbangan yang banyak daripada pelbagai pihak.

Katanya, setakat ini, pihaknya sudah menawarkan perkhidmatan sokongan termasuk fisioterapi secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI