fbpx

Pelajar UMT maut, lima cedera terbabit nahas di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang pelajar UMT di KM 312.4, LPT 2 berhampiran Kijal, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut, manakala tiga rakannya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki terbabas di Kilometer 312.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kijal di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa, Muhamad Fathol Harris Muhamad Asri, 21, yang berasal dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala.

Tiga rakannya iaitu Noramirah Syahirah Abdullah, Azira Adriana Natasha Amirul Faris dan Nur Farah Shakirah Mohd. Hishamudin mengalami kecederaan parah. Dua lagi penumpang iaitu S. Ignatius Suren dan Nur Mazni Andri pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa berusia 21 tahun yang merupakan pelajar tahun pertama Fakulti Kaunseling dan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marim UMT dalam perjalanan pulang ke kampus di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Sebelum kejadian, mereka melakukan tugasan luar di Kuantan, Pahang. Setibanya di lokasi itu, MPV Perodua Alza dipandu Ignatius Suren hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh papan tanda,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak pelanggaran itu menyebabkan MPV tersebut terbalik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI