fbpx

Serangan balai polis: Ketua Polis Pahang ziarah waris, sampai sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang kepada bapa Allahyarham Muhamad Syafiq, Ahmad Said Md Piah.

KUANTAN – Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Yahaya tiba di kediaman keluarga berkenaan di Taman Seri Mahkota Jaya dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang sambil diiringi oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang kepada bapa Allahyarham Muhamad Syafiq iaitu Ahmad Said Md Piah, 65.

Dalam insiden di Balai Polis Ulu Tiram pada pukul 2.45 pagi semalam Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said bersama seorang lagi anggota, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, maut setelah diserang seorang lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang serta merampas dua laras senapang.

Kejadian serangan itu turut mengakibatkan seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan mengalami kecederaan dalam insiden serangan berkenaan serta dirawat di Zon merah sebelum ini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan menjalankan rawatan di wad biasa di Hospital Sultan Ismail di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI