fbpx

Serangan balai polis: Jenazah Fahmi tiba di Bidor pukul 5.55 petang tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi tiba di kediaman keluarganya di Jalan Kampung Poh Tambahan 1 Bidor, Tapah pukul 5.55 petang tadi.

TAPAH – Jenazah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor semalam tiba di kediaman keluarganya di Jalan Kampung Poh Tambahan 1 Bidor di sini pukul 5.55 petang tadi dengan van jenazah diiringi polis peronda.

Kira-kira 500 orang menyertai solat jenazah sebelum jenazah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh yang terletak hampir dua kilometer dari rumah keluarganya.

Solat jenazah diadakan sebanyak tiga kali kerana bilangan makmum yang ramai diketuai masing-masing oleh ayah arwah, pegawai polis dan penduduk kampung.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI