fbpx

Hujan lebat di sembilan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di utara Semenanjung melibatkan Kedah (Sik, Baling dan Kulim) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

“Ribut petir berserta hujan lebat turut dijangka di Jeli dan Gua Musang di elantan serta Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu) diikuti Rompin, Pahang.

“Di Selangor pula, hujan lebat hanya tertumpu di Hulu Selangor serta Segamat dan Mersing di Johor.

Selain itu, di bahagian Malaysia Timur pula, cuaca buruk turut diramalkan di Sarawak melibatkan Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Cuaca sama turut dijangka di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 7 malam ini.

Sementara itu, susulan daripada taburan hujan di Pantai Timur sejak semalam, cuaca panas yang melanda juga sudah semakin baik.

“Hanya Kota Bharu dan Kuala Krai di Kelantan serta Kinabatangan, Sabah sahaja yang dikesan menerima cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius hari ini,” kata Metmalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI