fbpx

Dua GRO cedera cuba lari ketika dicekup imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi yang dijalankan oleh JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin, semalam. - IHSAN JIMNS

SEREMBAN – Dua wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) cedera di kepala, bahu dan kaki ketika cuba melarikan diri dari diperiksa pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam serbuan di negeri ini.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, kedua-duanya terjatuh di jalan raya semasa serbuan dibuat di salah sebuah lokasi dari keseluruhan 12 buah premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, pihaknya telah memeriksa seramai 71 individu dan 32 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan semalam di sekitar kawasan Seremban dan Tampin.

“Operasi disertai seramai 20 orang pegawai dari JIMNS ini turut dibantu lima orang pegawai dari Majlis Daerah Tampin (MDT). Kesemua PATI yang ditahan adalah tiga lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa warga Indonesia.

“Selain itu, turut ditahan enam lelaki dewasa warga Bangladesh, seorang wanita dewasa warga China, tiga lelaki dewasa warga India dan 16 wanita dewasa warga Vietnam. Kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 46 tahun,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kata beliau, semasa operasi dijalankan di salah satu lokasi juga, terdapat provokasi dari pelanggan yang mabuk ketika pemeriksaan di jalankan, namun dapat di selesaikan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI