fbpx

Diskaun 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUZIAH menunjukkan ayam yang dijual dengan harga Rahmah di Pasaraya D'Mart Segi Fresh di Felda Jengka 3 di Maran hari ini.

MARAN – Tujuh pasaraya menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pemegang kad diskaun khas Menu Rahmah yang terdiri daripada pengusaha dan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh berkata, kad diskaun Rahmah adalah sebagai insentif kepada pengusaha bagi meneruskan program Menu Rahmah.

“Tujuh pasaraya yang bersetuju terbabit dalam pelaksanaan inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah adalah AEON Big, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin NSK dan Segi Fresh.

“Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang barangan mentah seperti ayam, ikan, udang bawang dan barang asas makanan. Mereka boleh memberi tanpa had,” katanya pada majlis perasmian Program Jualan Rahmah Madani dan pembukaan rasmi D`Mart Segi Fresh di Felda Jengka 3 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Kosmo! mengenai program Menu Rahmah yang masih mendapat sambutan rakyat namun tidak diteruskan oleh sebahagian restoran kerana mereka tidak dapat bersaing berikutan kenaikan kos barang dan kos operasi.

Menurut Fuziah KPDN mendengar dan menyedari masalah dihadapi peniaga sekali gus menawarkan kad diskaun Rahmah sebagai insentif kepada pengusaha meneruskan program Menu Rahmah.

Dalam pada itu, beliau berkata permohonan bagi kad diskaun khas itu dibuka hari ini melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah yang aktif dalam perniagaan makanan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI