fbpx

Cristiano Ronaldo unggul, masih atlet paling kaya di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain kelahiran Portugal berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$260 juta. - SHUTTERSTOCK

WASHINGTON  – Pemain bola sepak  tersohor, Cristiano Ronaldo mengungguli  senarai atlet  yang mendapat bayaran tertinggi majalah Forbes buat kali keempat, manakala bintang golf Sepanyol, Jon Rahm naik ke tangga kedua, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. 

Ronaldo juga mengetuai senarai itu pada tahun lalu berikutan perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.

Forbes berkata, pemain kelahiran Portugal berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan berjumlah AS$260 juta(RM1.22 bilion).

Angka tersebut meningkat daripada AS$136 juta(RM637 juta) sejak 12 bulan lalu.

Bintang bola sepak, Lionel Messi yang merupakan saingan sengit Ronaldo pula turun ke tempat ketiga di belakang Rahm.

Manakala Rahm melonjak ke tangga kedua selepas menyertai jelajah Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi. Dia dilaporkan memperoleh pendapatan AS$218 juta (RM1.02 bilion).

Sementara itu, bintang bola sepak Neymar dan Karim Benzema turut memasuki senarai 10 atlet yang mendapat tertinggi dunia selepas berpindah ke Liga Profesional Arab  Saudi.

Giannis Antetokounmpo (kelima) menyertai rakan bintang bola keranjang LeBron James (keempat) dan Stephen Curry (kesembilan) dalam senarai tersebut, manakala pemain bola sepak Amerika, Lamar Jackson berada di tempat ke-10.

Menurut Forbes, 10 atlet bergaji tertinggi dunia secara kolektif memperoleh pendapatan AS$1.38 bilion (RM6.5 bilion) sebelum cukai dan belum ditolak yuran ejen sepanjang 12 bulan lalu. Jumlah itu adalah  yang tertinggi pernah direkodkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI