fbpx

[VIDEO] Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Ulu Tiram.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini sehingga menyebabkan dua anggota maut ditembak mati, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kejadian berdarah itu dilaporkan berlaku pada pukul 2 pagi

Menurutnya, mereka yang meninggal dunia dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan anggota yang cedera dirawat di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati anggota polis tersebut ditetak dan ditembak oleh suspek. Siasatan lanjut masih diteruskan di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas mereka diserang seorang lelaki bertopeng ketika berada di Balai Polis Ulu Tiram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI