PETALING JAYA – Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dilaporkan terbalik di Kilometer (KM) 15.5 Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) arah Subang, di sini, petang tadi.
Difahamkan, kenderaan itu terbalik selepas nahas membabitkan tiga kenderaan.
Menurut laporan NPEtrafik di X, kemalangan itu telah menyebabkan aliran trafik perlahan susulan lorong tengah dan kanan terhalang.
“Peronda NPE kawal trafik di lokasi kemalangan sementara bantuan trak tunda tiba.
“Aliran trafik bergerak perlahan dari KM 16.4 menghala ke lokasi kemalangan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.