fbpx

Terbuka Thailand: Tiada beregu negara di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANGKAH Hon Jian (kiri) dan Haikal pada Terbuka Thailand tersekat di suku akhir selepas tewas kepada pasangan Taiwan.

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk melihat sekurang-kurangnya satu beregu lelaki Malaysia di separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand tidak tertunai apabila dua wakil negara terkandas di suku akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok itu, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terpaksa akur apabila gagal melayakkan diri ke separuh akhir.

Hon Jian-Haikal yang dilihat memiliki peluang lebih cerah untuk mara ke pusingan empat terbaik bagaimanapun dikejutkan oleh beregu No.80 dunia dari Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kai Wei menerusi keputusan tiga set 18-21, 21-15, 18-21.

Kedua-dua gandingan menampilkan aksi cukup baik sepanjang perlawanan itu apabila masing-masing enggan mengaku kalah dan saling bertukar servis sehingga menyaksikan permainan berlarutan lebih sejam.

Meskipun Hon Jian-Haikal berpeluang untuk memenangi set ketiga ketika mendahului 17-14, namun kebangkitan ditunjukkan Ming Che-Kai Wei gagal dikekang sebelum akur dengan kekalahan 18-21.

Sementara itu, Wan Arif-Roy King berdepan laluan lebih sukar apabila membuat perhitungan dengan beregu No.3 dunia dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy yang dianggap sebagai salah satu gandingan terbaik ketika ini.

Seperti dijangka, Shetty-Rankireddy yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou tahun lalu tidak berdepan banyak masalah apabila mudah menewaskan pasangan negara dengan aksi straight set 21-7, 21-14.

Menerusi kekalahan dua beregu tersebut, harapan Malaysia pada kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu kini terletak di bahu perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia yang akan turun menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen di separuh akhir esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI