fbpx

Serangan balai polis: Wanita terlibat, pura-pura tanya kes cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN melakukan tinjauan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang disyaki ahli Jemaah Islamiah hari ini.

JOHOR BAHRU – Kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi dipercayai turut membabitkan wanita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebelum kejadian pukul 2.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 21 tahun datang ke balai polis tersebut untuk bertanyakan tentang siasatan kes cabul dua tahun lalu.

Menurut Razarudin, pihaknya tidak menolak kemungkinan kehadiran dua orang awam itu untuk mengalihkan perhatian anggota polis.

“Pada masa yang sama, datang suspek yang menaiki motosikal memasuki balai polis tersebut.

“Anggota polis yang menyedari kejadian itu segera menahan suspek sebelum lelaki itu bertindak menetak anggota ada leher sebanyak tiga kali.

“Anggota polis itu rebah lalu suspek merampas senjata api dan melepaskan tembakan ke arah anggota lain yang berada di dalam balai berkenaan.

“Salah seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian maut akibat terkena tembakan pada pipi dan tembus kepala,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini.

Razarudin memberitahu, seorang lagi anggota polis mengalami kecederaan pada bahu akibat terkena tembakan kemudian membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan menembak mati suspek.

Jelas beliau, anggota tersebut mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

“Kita tidak menolak kemungkinan serangan berdarah itu dipercayai bermotifkan untuk merampas senjata api untuk melakukan serangan ke atas anggota keselamatan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI