fbpx

Serangan balai polis: Identiti dua anggota polis yang ‘gugur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD AZZA FAHMI (kiri) dan Muhamad Syafiq Ahmad yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pagi tadi.

PETALING JAYA – Dua anggota polis berpangkat konstabel maut manakala seorang koperal cedera parah dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru disyaki didalangi kumpulan pengganas Jemaah Islamiah.

Dua anggota tersebut yang ‘gugur’ ketika bertugas adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Ulu Tiram dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang bertugas di sebagai anggota prowler di balai sama.

Dalam serangan sama seorang anggota polis berpangkat koperal iaitu Mohd. Hasif Roslan sebagai anggota Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Ulu Tiram cedera parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI