fbpx

Serangan balai polis: Anggota ditembak di pipi, tembus kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin menunjukkan senjata api dirampas suspek sebelum digunakan menyerang anggota polis.

JOHOR BAHRU – Anggota polis yang menjadi mangsa serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi semalam maut dalam keadaan mengerikan apabila ditembak di pipi sehingga menembusi kepala.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seorang lagi anggota polis cedera ditetak di leher sebanyak tiga kali.

“Apabila anggota itu rebah suspek merampas senjata api dan melepaskan tembakan ke arah anggota lain yang berada di dalam balai berkenaan.

“Salah seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian maut akibat terkena tembakan pada pipi dan tembus kepala,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini.

Razarudin memberitahu, seorang lagi anggota polis mengalami kecederaan pada bahu akibat terkena tembakan kemudian membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan menembak mati suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI