fbpx

Piala Itali selamatkan musim Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS berjaya merangkul Piala Itali yang mampu menyelamatkan musim mereka yang agak hambar kali ini. - AFP

ROM – Juventus memastikan mereka menamatkan saingan musim ini dengan sekurang-kurangnya satu gelaran apabila menjulang trofi Piala Itali selepas menewaskan Atalanta 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Penyerang The Old Lady, Dusan Vlahovic menjadi wira pasukan itu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal minit keempat dengan kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri menyuarakan rasa gembira atas kemenangan itu kerana beliau menganggap skuad kendaliannya tidak berdepan tugas mudah untuk menundukkan Atalanta.

“Apabila anda berada di Juventus, apa yang paling penting adalah untuk mencatat kemenangan dan pemain-pemain menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kelab serta penyokong berpuas hati.

“Kemenangan ini tidak mudah kerana Atalanta adalah sebuah pasukan yang sangat baik, namun kami sentiasa ingat bahawa mentaliti kemenangan sudah berada dalam DNA Juventus sejak sekian lama,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan tidak lagi mengemudi Juventus musim depan, Allegri percaya beliau sudah membentuk satu pasukan yang kuat dan penggantinya hanya perlu mengekalkan tradisi kemenangan kelab itu.

“Sekiranya saya tidak lagi menjadi jurulatih Juventus musim depan, saya akan meninggalkan sebuah pasukan yang kuat untuk pengendali seterusnya. Saya tahu kelab ini mementingkan kejayaan, jadi saya serah keputusan kepada mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN