fbpx

Penunggang motosikal maut langgar babi mati tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa selepas terlanggar beberapa ekor babi yang mati di tengah jalan dalam kejadian di kilometer 15, Jalan Seremban - Kuala Pilah dekat Ulu Bendul, pagi tadi. - IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terlanggar beberapa ekor babi yang mati di tengah jalan di kilometer 15, Jalan Seremban – Kuala Pilah dekat Ulu Bendul, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 pagi, mangsa, Afmarzairy Bakhtiar Apandi, 42, yang bekerja sebagai penyelia syarikat penghantaran disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Asisten Superintenden Norazuan Said, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda ADV yang ditunggangi mangsa yang dalam perjalanan dari arah Senawang hendak menghala ke tempat kerja di Bahau.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa telah terlanggar beberapa ekor babi yang telah mati di tengah jalan akibat dilanggar oleh kenderaan lain.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI