PETALING JAYA – Menu Rahmah yang dijual bagi membantu meringankan beban orang ramai terutama golongan B40 ketika ini dilihat semakin sukar didapati selepas sebilangan peniaga mengambil keputusan menghentikan penjualan hidangan berharga RM5 berkenaan. Tinjauan Kosmo! mendapati, keputusan peniaga memilih untuk tidak meneruskan lagi inisiatif tersebut berikutan kurang mendapat sambutan selain tidak mampu menanggung kos bahan mentah yang tinggi ketika ini. Rata-rata peniaga tersebut mendakwa harga set makanan yang diperkenalkan serendah RM5 itu cuma mampu bertahan tiga hingga enam bulan sahaja.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya