fbpx

Pegawai Jabatan Perangkaan didakwa seleweng RM84,194

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRUL HUDA diiringi pegawai SPRM untuk dihadapkan atas enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang Penolong Pegawai di Jabatan Perangkaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyalah guna harta dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM84,194.10, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh, Norrul Huda Marsidin, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus enam pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan tiga kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka dan Pertubuhan Belia Bersatu Kampung Tenang masing-masing berjumlah RM18,154.10 dan RM59,400 antara Disember 2021 dan November 2022.

Tertuduh turut berdepan tiga pertuduhan mengemukakan tiga invois yang mengandungi penyataan palsu milik FIS Gemilang Enterprise bertarikh 22 November 2021 berjumlah RM6,640 bagi kerja-kerja pembekalan makanan dan minuman yang sebenarnya tidak dibekalkan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 beserta syarat tambahan tertuduh melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM Melaka dan pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili tertuduh merayu jaminan minimum antara RM15,000 dan RM20,000 diberikan dengan alasan anak guamnya hanya mempunyai pendapatan bulanan sekitar RM5,000 dan menanggung ibunya yang menghidap kencing manis serta darah tinggi.

Katanya, tertuduh menghidap penyakit anxiety dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan sebelum menetapkan tarikh 26 Jun depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI