fbpx

Meen Nash, Kat Roshan bercinta dalam lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BINTANG baharu yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, Meen Nash dan Kat Roshan mengakui senang bekerjasama meskipun kedua-dua mereka sebelum tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Kata Meen Nash, mereka hanya saling kenal saat ingin membuat persembahan di pentas South China Sea di Sanya, Hainan pada Mac lalu.

“Sebelum membuat persembahan di sana, kami tidak pernah bertemu atau mengadakan latihan nyanyian bersama. Kami hanya saling bertukar rakaman audio suara dalam telefon.

“Kat seorang yang mudah mesra dan banyak cakap. Kami banyak menghabiskan masa berbual dan mengenali antara satu sama lain bagi mewujudkan keserasian,” kata pelantun lagu Cinta Putih itu.

Sementara itu, Kat mengakui selesa bekerjasama dengan Meen Nash sepanjang membuat persembahan di China dengan membawakan lagu Wow Bulan.

Baginya, sikap sekepala antara mereka membuatkan kedua-dua tidak mempunyai masalah untuk melontarkan pandangan masing-masing melibatkan persembahan pentas dan nyanyian.

“Saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Meen Nash. Tidak dinafikan keserasian itu membuatkan kami berasa selesa untuk saling bertukar pendapat dan berbincang.

“Tambahan kami juga akan kerap bekerjasama lagi pada masa akan datang,” katanya yang turut memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan single duet bersama dalam tempoh masa terdekat.

Pasangan kekasih

Bercerita soal keserasian, Meen Nash hanya mampu melepaskan ketawa kecil saat ditebak tentang maksud ‘tersirat’ di sebalik kemesraan yang dipamerkan.

Meskipun kelihatan akrab, Meen Nash memberitahu, hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.

“Saya akui kami serasi untuk bekerjasama di atas pentas atau nyanyian lagu duet. Tetapi, buat masa sekarang cukup setakat itu sahaja kerana masing-masing juga fokus dengan kehidupan sendiri.

“Sebagai artis baharu, banyak perkara yang perlu saya pelajari dan terokai sebelum memikirkan soal pasangan. Namun, jika itu takdirnya saya tidak menolak. Sekiranya betul ada jodoh, siapalah kami untuk menafikan takdir,” kata Meen Nash sambil ketawa.

Pandangan sama turut dilontarkan Kat yang mengakui, kini tumpuannya lebih terarah terhadap pendidikan dan nyanyian.

Sebagai pelajar ijazah tahun satu jurusan Sains Jenayah dan Keselamatan di Universiti Kolej London, United Kingdom, besar harapan Kat untuk berjaya dalam bidang akademik dan nyanyian.

“Memandangkan saya masih belajar, jadi saya lebih memberi fokus kepada bidang pelajaran. Bagaimanapun, saya tetap ingin kerjaya nyanyian itu bergerak seiring.

“Disebabkan itu saya tidak fikir terhadap hubungan istimewa buat masa ini dan biarlah masa yang menentukan segalanya,” jelas Kat yang turut mengakui dia menjalin hubungan baik dengan Meen Nash.

Kat dan Meen Nash bakal muncul dengan lagu baharu masing-masing dalam tempoh masa terdekat.

Menariknya, Kat bakal muncul sebagai kekasih Meen Nash dalam muzik video lagu penyanyi itu, sementara Meen Nash pula akan membawa peranan sebagai teman lelaki Kat dalam muzik video single baharu Kat bertajuk I Believe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI