fbpx

Lelaki nyaris maut, kereta terbakar ketika isi minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta yang terbakar dan meletup di sebuah stesen minyak di Repoh, Kangar petang tadi.

KANGAR – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Wira Aeroback miliknya terbakar dan meletup ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan umur 40-an itu cedera selepas terkena serpihan cermin kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika pemandu kereta sedang mengisi minyak.

“Bahagian tangki tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan terbakar, namun berjaya dipadam sepenuhnya15 minit kemudian.

“Siasatan forensik mendapati punca cetusan api bermula pada bahagian tempat duduk hadapan penumpang kiri dipercayai akibat tindak balas sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kenderaan tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI