fbpx

KPT bantu penangguhan pengajian Siti Nurul Masyitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekan Ramli (tengah) bertemu abang kepada Siti Nur Masyitah, Muhammad Syafiq ketika melawat atlet kayak kebangsaan di hospital swasta di Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membantu dalam urusan penangguhan pengajian atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang parah dilanggar pemandu dalam kemalangan, Sabtu lalu.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan KPT, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan terkini pelajar semester enam Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang tersebut.

Katanya, penangguhan pengajian itu tidak akan menjejaskan biasiswa Siti Nurul Masyaitah yang boleh dipanjangkan sehingga atlet tersebut menamatkan pengajiannya.

“Mengenai pengajiannya, pelajar ini berada di semester akhir dan akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Jika disebabkan kemalangan ini dia tak bersedia ia boleh ditangguhkan pada semester depan.

“Itu tidak menjadi masalah, kita minta supaya dia fikir dahulu sebelum membuat keputusan, peperiksaan itu boleh diduduki semula pada semester hadapan” katanya selepas melawat Masyitah di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios kira-kira pukul 4.30 petang di Kilometer 3.5 Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI