fbpx

Kim Pan-gon luang masa ziarah Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON dan kapten Harimau Malaya, Faisal Halim. – Foto oleh AMIR KHALID

SHAH ALAM – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah melawat Faisal Halim selepas dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa di hospital swasta di Shah Alam pada Selasa lepas.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika melawat Faisal semalam.

Namun, Shahril tidak mahu mengulas butiran lanjut mengenai pertemuan ’empat mata’ antara Faisal dengan pengendali import dari Korea Selatan itu.

Sebagai rekod, Pan-gon antara individu yang lantang bersuara bagi mendoakan anak buahnya itu terus cekal dan berjuang selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas.

“We all stand with you (kami bersama awak) Faisal!,” kata Pan-gon menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

Malah, Pan-gon turut meluahkan kebimbangannya mengenai nasib Faisal pada portal Korea Selatan dan terkejut dengan insiden malang yang berlaku kepada tonggak Gergasi Merah itu.

Faisal bukan sahaja dianggap antara pemain terbaik Liga Malaysia ketika ini, malah menjadi tunjang Harimau Malaya apabila jaringan ke atas Korea Selatan pada Piala Asia 2023 yang lepas diiktiraf sebagai gol terbaik kejohanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI