fbpx

HRD Corp taja 1,000 pemohon dapatkan lesen E, GDL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bilangan 1 tahun 2024 di Putrajaya, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bakal menawarkan 1,000 tempat kepada pemohon yang layak mendapatkan latihan khusus bagi kelas lesen E dan lesen kenderaan barangan (GDL).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi HRD Corp bagi membolehkan lebih ramai individu dilatih menjadi pemandu haulier (pengangkut) serta mendapat pulangan gaji lebih tinggi.

“HRD Corp akan menaja 1,000 tempat untuk melatih dan memberikan lesen E dan GDL kepada pemohon baharu. Mereka yang layak akan dilatih dan menjalani ujian di mana kosnya RM2,000 hingga RM3,000 yang akan ditaja sepenuhnya oleh HRD Corp.

“Kerajaan komited untuk melatih pemandu-pemandu haulier yang baharu dan ini sesuatu yang sedang kita laksanakan dengan harapan akan dapat menarik minat lebih ramai orang muda,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Anthony Loke berkata, MOT bakal melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu membenarkan kenderaan penggerak utama (prime mover) elektrik (EV) untuk berada di atas jalan raya dalam masa terdekat.

Menurutnya, pada ketika ini, MOT telah menerima permohonan dari beberapa buah syarikat yang ingin menjalin kerjasama menerusi inisiatif tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI