fbpx

FujiFilm sasar jualan RM8 juta daripada perkhidmatan FujiFilm IWpro, Pakar IT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
John Wong (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk terbaharu FujiFilm Business Innovation di Petaling Jaya kelmarin.

PETALING JAYA – FujiFlim Business Innovation menyasarkan RM8 juta bagi jualan perkhidmatan terbaharunya, FujiFilm IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT (teknologi maklumat) yang bertujuan untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana di negara ini menerima transformasi digital (DX).

Pengurus Besar FujiFilm Business Innovation Malaysia, John Wong berkata, produk itu bersesuaian dengan aliran kerja digital yang cekap bagi memenuhi perkembangan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah-ubah.

“Tawaran FujiFilm IWpro ini adalah ruang kerja yang berasaskan struktur awan yang meliputi semua fungsi dalam satu, manakala Perkhidmatan Pakar IT menawarkan untuk membantu pelanggan mengurus sokongan IT mereka.

“Kami juga berharap per­khidmatan ini dapat membantu perniagaan dalam mengubah gaya kerja mereka dan mengoptimumkan operasi,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini kelmarin.

Wong menjelaskan, FujiFilm IWpro boleh membantu pengguna untuk mengakses dan me­laksanakan pelbagai tugas data kerana ia menyediakan pengoptimuman aliran kerja, pengurusan dokumen yang cekap dan keupayaan percetakan berasaskan awan yang serba boleh.

Tambah beliau, produk tersebut bukan sahaja boleh digunakan dalam komputer tetapi boleh diakses menggunakan te­lefon pintar.

“Perkhidmatan Pakar IT membolehkan PKS mengakses kepada pasukan IT yang mahir bagi memantau sistem, mengenal pasti dan menangani isu dengan pe­ngurusan jarak jauh,” jelasnya.

Wong berkata, pihaknya sentiasa komited untuk terus me­lakukan inovasi dalam perkhid­matannya bagi menjamin ke­selamatan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI