fbpx

Fatiya Latiff mengaku hidap skizofrenia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Fatiya Latiff bersama ibunya ketika berusia 23 tahun.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan keluarga.

Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia.

“Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa. Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya dalam satu entri Instagram.

Dalam perkongsian itu, Fatiya turut memuat naik gambar dia ketika berusia 23 tahun bersama ibunya dan ucapan hari jadi kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.

Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.

“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.

Sebelum ini, nama Fatiya hangat diperkatakan apabila dia kerap berkongsi gambar dan video berpakaian seksi serta berpelukan bersama beberapa lelaki.

Januari lalu, pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian Ariana Rose itu menarik perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.

Dia juga berkongsikan beberapa foto bersama dengan beberapa lelaki berbeza sehingga timbul dakwaan mengatakan dia menyewa lelaki terbabit untuk menemaninya bercuti. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI